Friday, March 18, 2011

dada tenang Chao Phraya

Suara teriak nyaring,
Gerang sahut pekik,
Tunjang larasnya alih asing,
Bilah ayatnya beza getar,
Teriak jadi sasau,
Sahut jadi pinga,
Bot laju terus menyusuri,
Harum busa Chao Phraya berombak laju,
Deras yang terus,ombak yang pukul,
Di bidang alun,teriak menyahut sambit Chao Phraya tersenyum menyembah salam.

Tuesday, March 8, 2011

ketika terik adalah durjana di birat.

hidup adalah deret jalan yang panjang,
legeh terus,mindar macet,
dan dikeluk keluk selang,
tumbuh rimbun rendang rendah,
ganti ganti,selang selang,
dan setiap langkah diatur,
terus sampai hujung jalan tiba kita sendiri belum entiti,
tetapi jalan tiada tanda ada noktah.

ketika sekali sekala jalan perlahan,
ada redup rimbun rendang yang rendah,
payung seketika,sirna perih,
tetapi kesekian saatnya,masa berdetak perlu terus,
kita bukan ruang perhentian,
tersadung,ciumlah luka,
terkopek,minumlah darah,
sebab terus sampai hujung jalan tiba kita sendiri belum entiti,
tetapi jalan tiada tanda ada noktah.

lepas diulang cerita pesan yang sama,
jalan tetap jalan,dan langkah kita terus,yang beza,
kulai langkah,tegak diri,
dan setiap beza cela,ada redup yang sentiasa ada,
ketika terik adalah durjana di birat.

Saturday, February 5, 2011

syurga atas kepala~

sedang berdiri menikmati sapa sunyi angin pagi,
rona hijau comforter adalah tona mulus malam,
sekejap berkelip,sekejap kulam-langit bintang bentang lama,
senyum manis,madu panjang,
benak otak senyap mentafsir jauh,satu satu jalan pernah dan harus datang,
hari esok datang,minit lama mantan dan semakin umur hijau makin malar,
gelegak panas ruap di kaki,
suara gamitan gerisik isi nanah neraka,
panas kaki,sedap tidak,
dikepala teriang,cerita manis manis,
udara lemak lemak,
harum wanginya kisah syurga.

bila umurku makin malar,
cerita syurga di kepala terngiang terus
dan gelegak neraka dikaki makin juga panas merobek.....

Monday, December 6, 2010

dilaman bila kuntum cerah duduk suram

bilah cahaya,lunjur terang,cerah lama,
hijau ranting,binjai bugar,segar keras,
itu perihal kisah gembira.

suram pelita,nyala padam,gelap pekat,
kering remang,dukuh sagat,tandus mati.
ini transaksi suhuf perit.

dan sayup,wirawa lagu yang pernah
sekalian kita baitkan dengan ilham
panjang tentang rindu dan syahdu adalah
pawana dengan licin air takung,
tertitis-meniarap
terkucup-menyepi
dan simbahannya adalah ajal pawaka.

ketika ini cerita yang tinggal adalah haruman kekal,
seperti saksinya perit dan gembira
akan dilaman bila kuntum cerah duduk suram.

Sunday, December 5, 2010

bila malam ada bintang

sejadah biru,selang benang warna biru,
ada putih,ada hitam,3 warna wajah semua,
pemberian seorang director di medan akhir perjuangannya,
terima kasih dan segugus doa
~orang berbudi,kita berbudiman

laptop kelat,celup pinar hitam,
ada putih,ada merah,3 warna wajah segala,
pinjaman seorang teman buat isi luang lapang,
segugus doa dan terima kasih
~orang berbahasa,kita bersantun

semua nikmat,semua kemudahan
dan hitungan nikmat takan pernah habis,
dan ini bisik sayup
bila malam ada bintang~

Thursday, November 25, 2010

secupak cangkuk,sekendi kudis

dalam bangka hidup panjang,
ada ribu teduh,ada juta perih,
redup dan terik yang ada semuanya lohong satu,
menjadikan aku,sekalian kamu lebih manusia.

kita adalah perasaan yang kita adapkan dari
getar benar rasa yang cetusnya adalah pikir ilham,
setiap sukanya adalah benar yang timbul
terus dari getar perlahan sebilah hati,
bila kita engkar akan ratihnya,
itulah gusar kerdip redup mata pinar.

dan dalam segala mainan yang kita sedang rasa sukarnya ini,
gemarnya alias secupak cangkuk,sekendi kudis,
berdarah terus atas luka berdarah tiada pulih.

Tuesday, November 16, 2010

andang adha'

gemersik ranting bertingkah,
sahut kukur batas tenggelam timbul riang mergas,
ada tua, berjenis muda,
sepoi sayu angin adha,
syukur sahut, redha tahmid,
dan sekarang aku berjemur limpah titis embun si Adha'.

ketupat palas,balutan bonda,
rendang ayam, mayang lengkuas, racih serai,
kegemaran ayahanda,
dan kali ini, semua sirna,
di dukuh Mina, ayahanda memimpin bonda mencium
barkah  Ibrahim,
di Malaya,aku kontang cinta  kasih ayah bonda.

dilaman pagi, embun jantan kelat makin menawar,
suara takbir dicorong putih laptop santai,
dan ingatan tegap mantap,
api dijari, andang basah, namun tetap aku nyalakan,
kerana ini andang Adha'..

Salam Aidil Adha~