Monday, December 6, 2010

dilaman bila kuntum cerah duduk suram

bilah cahaya,lunjur terang,cerah lama,
hijau ranting,binjai bugar,segar keras,
itu perihal kisah gembira.

suram pelita,nyala padam,gelap pekat,
kering remang,dukuh sagat,tandus mati.
ini transaksi suhuf perit.

dan sayup,wirawa lagu yang pernah
sekalian kita baitkan dengan ilham
panjang tentang rindu dan syahdu adalah
pawana dengan licin air takung,
tertitis-meniarap
terkucup-menyepi
dan simbahannya adalah ajal pawaka.

ketika ini cerita yang tinggal adalah haruman kekal,
seperti saksinya perit dan gembira
akan dilaman bila kuntum cerah duduk suram.

Sunday, December 5, 2010

bila malam ada bintang

sejadah biru,selang benang warna biru,
ada putih,ada hitam,3 warna wajah semua,
pemberian seorang director di medan akhir perjuangannya,
terima kasih dan segugus doa
~orang berbudi,kita berbudiman

laptop kelat,celup pinar hitam,
ada putih,ada merah,3 warna wajah segala,
pinjaman seorang teman buat isi luang lapang,
segugus doa dan terima kasih
~orang berbahasa,kita bersantun

semua nikmat,semua kemudahan
dan hitungan nikmat takan pernah habis,
dan ini bisik sayup
bila malam ada bintang~

Thursday, November 25, 2010

secupak cangkuk,sekendi kudis

dalam bangka hidup panjang,
ada ribu teduh,ada juta perih,
redup dan terik yang ada semuanya lohong satu,
menjadikan aku,sekalian kamu lebih manusia.

kita adalah perasaan yang kita adapkan dari
getar benar rasa yang cetusnya adalah pikir ilham,
setiap sukanya adalah benar yang timbul
terus dari getar perlahan sebilah hati,
bila kita engkar akan ratihnya,
itulah gusar kerdip redup mata pinar.

dan dalam segala mainan yang kita sedang rasa sukarnya ini,
gemarnya alias secupak cangkuk,sekendi kudis,
berdarah terus atas luka berdarah tiada pulih.

Tuesday, November 16, 2010

andang adha'

gemersik ranting bertingkah,
sahut kukur batas tenggelam timbul riang mergas,
ada tua, berjenis muda,
sepoi sayu angin adha,
syukur sahut, redha tahmid,
dan sekarang aku berjemur limpah titis embun si Adha'.

ketupat palas,balutan bonda,
rendang ayam, mayang lengkuas, racih serai,
kegemaran ayahanda,
dan kali ini, semua sirna,
di dukuh Mina, ayahanda memimpin bonda mencium
barkah  Ibrahim,
di Malaya,aku kontang cinta  kasih ayah bonda.

dilaman pagi, embun jantan kelat makin menawar,
suara takbir dicorong putih laptop santai,
dan ingatan tegap mantap,
api dijari, andang basah, namun tetap aku nyalakan,
kerana ini andang Adha'..

Salam Aidil Adha~

Saturday, November 13, 2010

bisik dari dinding kasih

bingkai malam,sorot rona malap,palit kerdip bintang suram dibayang muram gempita awan sarat mendung,
dilantai sejuk,hati sedang berzikir membait butir nikmat kasih limpah sayang Robbani
1-hati yang tenang,jiwa yang tenteram
2-ibu bapa yang kasih,keluarga yang sayang
3-rakan rumah yang santun,jiwa yang terikat
4-taulan handai yang syukur,sekitar yang bersih
5-kerja yang halal,rutin yang membahagiakan
6-makan yang cukup,pakai yang sempurna
7-kemudahan,keselesaan,kelancaran dan kepetahan
8-minda yang baik dan panjang
9-terus
terus
terussssss

dan suhuf makin hujung,dakwat makin kontang
namun terus masih mengalir harus,panjang
tidak tahu mana noktha dan tidak akan sekali habis.

dari jauh,ada bisik dari dinding kasih-syukran ya Rahman~

kita dan lupa

kasih ukurnya lukis sayang dalam kanvas cinta,
lakarnya rindu,tonanya gelora,
akan seluruh wajah ukur lukisnya adalah benar tegap
gambaran kisah kasih,rentetan rindu,
dan akan sekian lama,semakin lusuh,
kisah kasih,
cerita cinta,
rentetan rindu,
sulaman sayang,
dan kita berdua,aku kira kau juga terlibat akan amuk rasa,dendam kasih yang hujungnya pasti tiada nokhtah
langsung pantas entiti panjang,atas rona polos.

dan semkin esok meratah siang,
aku kira semakin cebis cerita kita yang kita biarkan segar dalam ingatan,
dan kesetiap kalinya,aku sedang bercanang mengiang kembali kisah yang
pernah kita nostalgiakan dalam remang petang yang suka dan tawa.

dan hari ini,aku berdiri,
memikirkan kita dan tentang lupa.

yess weekend!!!!!!

Thursday, November 4, 2010

asbab atas sebab semalam~

semakin hari,hati makin keras,
semakin tahun,rakus makin berahi,
aku sendiri jadi takut akan sangkar berahi ini
sergahnya terus membuas membaham,
relakah akal bijak,pikir pintar ini merstukan segala
kecam dan durjana nafsu hati,raja rasa..
dan setiap kali tersilap langkah,aku relakan awal mulanya,
gembira panjang,suka terus,nafsu adalah puas,
dan semakin hari,hati semakin pekat,
semakin tahun,rakus makin galak,
makin  dan semakin,ligat kuat derap,
beret kesal,bingkai kalut sesak hati...panjang alir,terus terusan...
sampai bila aku sendiri menarah pinggir mencari tebing.

Wednesday, October 27, 2010

rona hati atas suhuf lusuh

Dikantor,
bising ketap kekunci komputer biasa,
sunyi gegap tangkis ilham,
bising biasa,
sunyi ilham,
jauh,ada hati rakan gusar,
ada jiwa sejawat kacau.

Anaknya 4 tahun dengan akal cergas,minda petah,
anaknya 4 tahun dengan nyaring jerit,lunak nyanyi,
anaknya sekarang terbaring,tidur sedar,sedar tidur,
dinding hospital putih,cadar hospital juga putih,
hati mamnya birat merah calar darah.

Tempat sejawat berdiri,dulunya bonda pernah tertenggek,
lelap tidak,cergas malap,
jiwanya runcing anaknya,
hatinya sasau dagingnya,
dan runcing sasau itu hari ini ada dalam mata sejawat.

Dibirai katil cadar putih,dinding putih,aku berdiri,
kotak susu kocak untuk anaknya,pie isi hiris lembu buat ibunya,
jauh pandang,berganda simpati,
Rahmat tuhan ada hikmahnya-Sabar!

dan aku sedang melihat,warna sekping hati yang berona darah
tertuli,termaktub atas sekepinh suhuf yang jasadnya luntur.

Li Har,sbb lu hot,aku doa anak ko cepat sembuh!
Mak,maaf sbb selalu membilaukan bolak hati,tenang rasa.sekarang saya da sehat!alhamdulillah

Monday, October 25, 2010

mitos semalam untuk dongeng esok

azan isya sepoi angin malam yang muda,
epidermis kelu,roma remang,
dimeja,lapis mulus epal Washingtong tenang diratah oksida,
selujur sesaat,selaris semasa,
epal yang mulus,baru sebentar tadi bugar merkah,sekarang perang masam,

kornea mata,pautan silia merah,
pandng diurai lanjut keluar jendela,
malam basah,hujan baru putus,
langit yang gelap,baru sebentar tadi ada mega,sekarang mega sirna,
cerah yang hadir,baru sebentar tadi ada hayat,sekarang siang malap,

malam yang basah,hujan baru putus,
tadi nyaman meratah sumsum,
alih belakang,lega malam pulih semula.

dan setia kitar,segalanya kan berubah merubah,
kita dan aku,kau dan mereka,
atas buntu,aku sedang melakar konklusi pedih,
hari ini adalah sejarah yang manis dulu adalah mitos untuk dongengan esok~

kalau benar kau tahu irama lagu ini,setiap saat pasti akan kau tergiang melodi
hati yang aku petik berpaksikan kasih~! 

Wednesday, October 20, 2010

entiti didukuh infiniti

tilam empuk,ruang unjur bujang,
lelah ditendon,mengah di saraf,
dijari,meniti ilham titi di sulam.

siang tadi aku ketemu ramaian orangan,
yang budayanya canggah,tuturnya asing(english itu komunikasi,belajarlah)
kampung persidangan tampak juadahan ilham,kongsian ilmu,
kami berkomferentasi merentas kehendak dunia,

antara lagak canggah dan gimik asing,
serembrum ligat berespontasi memutik idea,
dan di jeda masa yang sesaat,
ada engkau,dalam metafora memori yang kusut menyelit di benak,
meronton ingatan,sukar benar sirnanya,

langit malam,nafas hembur,
nafsu merangkak,kasih mengerang,
sukarnya bukan kerana diasingkan,
lelahnya kerana aku masih selalu terus mimpikan kau!
ini entiti asing,dalam dukuh gemilang yang infiniti.
dan aku tahu kau tidak pernah sekali pun peduli..demmmm!~

english itu bahasa asing yang menjadikan seluruh pelosok sayanya i~

Friday, October 15, 2010

dari deria transmisi selujur neurons~

langit sore,komulimbus jingga,palit coreng mega,
dihati,cerita tentang cinta,

angin halus,bayu tenang,hadir terus,sesepoi rasa,
di jiwa,kenangan tentang kasih,

dan untuk setiap kalinya perasaan ini akan mati terus,
menggagumi akan lajur seorang engkau,

langkau neurons makin macet,
transmisi putus putus,
dan kabur deria adalah persembahan,
hakikat-aku akan sentiasa memuja kau...

ini adalah rasa yang payah!aduuuuii laa!!!!!

Saturday, October 2, 2010

berfikir tentang selalu dan cukup

petang yang selalu bila aku sedang menunggu fisa pulang,
itu yang bukan selalu bila waktu yang aku ada senak
untuk bakti kerja,suap tugas,
dan fisa masih gembira mengait dalam juang seorang siswi.

petang yang selalu bila fisa senyum dan aku gembira,
itu selalu kerana untuk selalunya aku memang senang akan
bingkis hadirnya,
dan fisa juga aku kira tenang membiarkan aku menjadi lelaki
yang berdiri dihatinya.

petang yang selalu bila kami merongkah suka,melestarikan ria,
itu selalu akan benar ketika dan waktu yang berukir berdua,
harus selalu beeerti,berkualiti,
dan aku sekarang ini tertanya,selalukan aku ada kiranya dalam hatinya
pernah seketika memerlukan aku.Cukupkah?

Azan maghrib nyaring,memoir jerkah bonda dikampung,
apakah selalu juga aku bangun menunaikan solat diawal waktu!
perghhhh..selamat solat maghrib!

Thursday, September 30, 2010

Berkawan,beringat

semalam jerih adalah perih yang gumam kita kumam,
jangan suka dulu,
pandang esok,kerana selepas naik,yang nanti cuma junam,
jangan naik melebar,nanti jatuh berjurai,
sukat sekarang,jatuh pun sendiri,bangun masakan lagi,
-Lukis Tuhan,coraknya warna hati kita........