Tuesday, November 16, 2010

andang adha'

gemersik ranting bertingkah,
sahut kukur batas tenggelam timbul riang mergas,
ada tua, berjenis muda,
sepoi sayu angin adha,
syukur sahut, redha tahmid,
dan sekarang aku berjemur limpah titis embun si Adha'.

ketupat palas,balutan bonda,
rendang ayam, mayang lengkuas, racih serai,
kegemaran ayahanda,
dan kali ini, semua sirna,
di dukuh Mina, ayahanda memimpin bonda mencium
barkah  Ibrahim,
di Malaya,aku kontang cinta  kasih ayah bonda.

dilaman pagi, embun jantan kelat makin menawar,
suara takbir dicorong putih laptop santai,
dan ingatan tegap mantap,
api dijari, andang basah, namun tetap aku nyalakan,
kerana ini andang Adha'..

Salam Aidil Adha~

No comments:

Post a Comment